Bagi penggemar juadah masak lemak, resipi masak lemak pucuk paku udang ini harus anda cuba. Rasa juadah ini memang sedap. Memang puas hati.

BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk paku
300 gm udang
500 ml santan
Sedikit garam

BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit
10 tangkai cili api kampung

CARA PENYEDIAAN:
1.Satukan di dalam periuk, bawang merah, bawang putih, cili api dan kunyit hidup yang telah dikisar.
2.Tuangkan santan dan kacau rata di atas api kecil.
3.Setelah mendidih, masukkan udang. Biarkan mendidih seketika.
4.Setelah semuanya sebati, masukkan pula pucuk paku dan garam secukup rasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram