Daniel Ting akan menyarung jersi bernombor 33 di JDT. GAMBAR: Johor Southern Tigers

TEKA-teki kelab baharu yang disertai Daniel Ting akhirnya terjawab selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) FC mengumumkan pemain pertahanan itu kembali menyarung jersi Harimau Selatan. 

Kemasukan pemain berdarah kacukan Malaysia-England itu diumumkan menerusi video di media sosial Johor Southern Tigers. 

Video berdurasi 33 saat itu memaparkan Daniel keluar daripada limosin memasuki Stadium Sultan Ismail (SSI) sambil disambut Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards. 

Lebih menarik, bekas pemain Kuala Lumpur City FC (KL City) itu juga akan memakai jersi bernombor 33. 

Daniel mencetuskan kontroversi selepas tidak hadir melapor diri sebelum bermulanya musim tahun ini. 

Baca artikel berkaitan: Tunku Ismail kembali terajui, kendalikan JDT

Difahamkan, Daniel mengambil keputusan tersebut disebabkan masalah peribadi membuatkannya enggan kembali ke KL City. 

Pemain itu merupakan tonggak utama pasukan KL City itu yang berjaya menjulang Piala Malaysia menewaskan JDT, musim lalu. 

Sebagai rekod, pernah beraksi selama dua musim di JDT pada 2016 dan 2017 namun hanya diturunkan bersama JDT II.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram