SEJAK semalam, tular di media sosial apabila seorang pelakon veteran iaitu Halimatussa’diah Mohd Daud atau lebih mesra disapa Mak Wan Latah melakukan perbuatan syirik.

Namun, menurut pelakon berusia 61 tahun itu, dia menyangkal dakwaan itu dengan memberitahu bahawa ia merupakan latihan untuk membawa watak bomoh dalam lakonannya akan datang.

“Benda itu benda lama. Yang saya baca-baca itu, untuk ‘shooting’. Saya tak pernah berlakon watak jahat, untuk jadi bomoh,” katanya memetik Harian Metro.

Berkenaan isu seorang individu mengaku sebagai bekas pembantu peribadinya, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 tiu juga menegaskan bahawa dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak membuka aib sesiapa dan turut menyentuh berkenaan kesihatan mental individu tersebut.

“Saya tak nak buka aib sesiapa. Seperti yang pernah saya beritahu bekas suami saya, saya tak nak buka aib sesiapa. Biar sampai mati, saya tetap dengan pendirian saya.

“Otak dia tak betul. Dia akan tulis apa sahaja. Dia nak buat apa, itu hak dia. Kenapa sebelum ini dia puji saya? Sebab dia nak duit saya, kan?

“Kenapa bila saya dah tak nak dia, dia cerita macam-macam pasal saya? Manusia ini, bila kita dah tolong dia, kita digigit balik,” ujarnya.

@official_amell77

Balas kepada @miszoktober xduduk tempat aku then xkene ape aku dh terkena , better tutup mulut tu ☺️ #pelakonveteranmelayu #makwanlatah #playvictim😈

♬ bunyi asal – ᴬᴹᴱᴸᴸ – ᴬᴹᴱᴸᴸ

Di samping itu juga, Mak Wan memberitahu bahawa dia sudah membuat laporan polis berkenaan tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

“Ya, saya tahu dia fitnah saya. Saya dah buat laporan polis. Itu bukan saya nak tunjuk saya hebat, tapi kerana saya nak lindungi diri kalau dia akan buat benda bukan-bukan lagi.

“Saya akan berdiam selagi Allah beri saya kekuatan. Saya tak mahu bercakap apa-apa lagi,” katanya.

Terdahulu, video luahan seorang individu yang mengaku sebagai pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Amell itu dimuat naik di TikTok dan memnbongkar sikap sebenar pelakon itu.

@official_amell77

Balas kepada @acik.moy ni ayat dlm al-quran la ? Oh muka surat berapa ? Explain mai kt aku sat blh ?

♬ bunyi asal – ᴬᴹᴱᴸᴸ – ᴬᴹᴱᴸᴸ