BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertukar bidang apabila beliau kini bergelar seorang pelakon.

“Saya tukar bidanglah. Pengarah cakap tak perlu uji bakat (audition). Macam seronok (best) penggambaran.

“Saya masuk watak dalam drama Tunjang. Boleh tahan juga saya pakai topi ini. Ada macam James Bond dulu-dulu,” tulis beliau di Instagram.

Najib turut memuat naik beberapa keping foto di sebalik tabir penggambaran bersama pelakon lain yang akan ditayangkan di saluran Radio Televisyen Malaysia.

Najib membawakan watak ‘cameo’ sebagai bapanya, Tun Abdul Razak dan menjalani penggambaran di sekitar Mambang, Pekan, Pahang.

Lebih menarik lagi, penampilan Najib yang menggunakan rambut palsu telah menarik perhatian wargamaya yang menyukai stail terbaharu itu walapun hanya untuk penggambaran drama.

“Adoi…hensem rambut, lebat hitam.

“Sekali pandang ingatkan Amitabh Bachchan bossku.

“Dia jadi pelakon pula.

“Boleh jadi calon pelakon terbaik ini Datuk Seri. Tak sabar nak tengok Datuk Seri berlakon.

“Kejap dia dah jadi pelakon,” komen beberapa pengikut di Instagram.