cendawan goreng telur masin

Resipi cendawan goreng telur masin ini memang sedap. Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama nasi. Jom cuba resipi yang mudah dan tidak menggunakan banyak bahan ini.

BAHAN:
1 paket cendawan tiram
2 ulas bawang putih – hiris
2 tangkai cili padi – hiris
2 tangkai daun kari
2 sudu besar mentega
2 sudu besar serbuk telur masin
Tepung goreng serbaguna secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MENYEDIAKAN:
1.Gaul cendawan dengan tepung goreng serbaguna sehinga bersalut sekata.
2.Goreng cendawan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3.Cairkan mentega dalam kuali dan masukkan bawang putih, cili api dan daun kari. Kacau rata.
4.Masukkan serbuk telur masin dan kacau sehingga berbuih.
5.Masukkan cendawan yang digoreng tadi. Gaul sebati dan angkat.

@majalahsaji Sedap makan begitu sahaja atau bersana nasi. Jom cuba resipi cendawan goreng telur masin ni 😀 #resipisaji #resipimudah #resipitiktok #fyp #foryou #tiktokmalaysia #saji #majalahsaji #utusantv #makanlokal #malaysianfoodie ♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram