Antara warga asing yang ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Kuala Lumpur.

SERAMAI 16 individu warga asing yang menawarkan perkhidmatan urut dan seks telah ditahan dalam Operasi Bersepadu di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, kesemua mereka yang ditahan itu terdiri daripada warganegara Thailand (lapan orang), Indonesia (tujuh orang) dan Vietnam (seorang).

Jelas beliau, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan turut menahan lima warga tempatan beragama Islam yang merupakan pelanggan bagi tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut.

“Dalam operasi bersepadu ini, sebanyak empat buah premis telah dikenakan tindakan kompaun dan tutup serta-merta kerana menjalankan aktiviti urut tanpa lesen serta aktiviti tidak bermoral (seks).

“Selain itu, turut di sita 38 unit pelbagai peralatan berupa kondom, cecair pelincir serta peralatan CCTV.

“Kesemua premis ini ditutup di bawah Seksyen 101 (1) (v) Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya dalam kenyataan.

Salah seorang pekerja seks berjaya ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Kuala Lumpur.

Baca artikel berkaitan: Emma Maembong makin seksi, akui dah malas layan netizen

Mengulas lanjut, Jalaluddin berkata, operasi bersepadu itu digerakkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Jelas beliau, operasi itu bertujuan untuk membanteras kegiatan haram melibatkan premis yang menjalankan aktiviti rumah urut, pelacuran yang melanggar syarat lesen serta lain-lain kesalahan.

“Kementerian memandang serius keatas pelanggaran syarat lesen yang dilakukan oleh pemilik premis dan aktiviti perniagaan.

“Kementerian turut mengingatkan kepada pemegang-pemegang lesen supaya jangan terlalu mengambil mudah isu pelanggaran syarat lesen kerana sebarang pelanggaran syarat lesen akan dibawa ke jawatankuasa bagi pembatalan lesen perniagaan.

“Kementerian akan meneruskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan ini secara berterusan dari semasa ke semasa dengan kerjasama agensi sahabat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram