Pelakon Lufya Omar berdepan detik cemas apabila diserang seorang lelaki yang tidak dikenali dalam cubaan menculik anak perempuannya, Laana Haura di taman permainan, Ahad lalu.

Menurut Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, dia dipukul dengan menggunakan sebatang kayu dan cedera di bahagian muka serta badan.

“Dua hari lalu saya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya. Masa itu kami berada di taman permainan Kota Damansara lebih kurang pukul 4 ke 5 petang.

“Seorang lelaki yang bersifat dayus memukul saya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan saya.

“Alhamdulillah anak selamat dan saya pun selamat. Im a fighter! Terpanggil nak kongsi sesuatu yang penting untuk kita semua,” katanya.

Lufya,37, berkongsi kejadian tersebut menerusi laman Instagram miliknya dan turut memuat naik beberapa keping gambar yang memperlihatkan kesan calar-balar di bahagian wajah selain lebamm di tangan.

Sementara itu, Lufya sempat menitipkan pesanan terutamnya kepada golongan wanita tentang pentingnya mempunyai ilmu mempertahankan diri agar bertindak pantas jika berdepan dengan situasi mencemaskan.
supaya sekurang-kurangnya bersedia berdepan situasi itu.

“Apa yang saya nak sampaikan kat sini demi keselamatan anak serta diri kita sendiri walaupun kita ni wanita yang lemah kita kena ada ilmu mempertahankan diri.

“Ikutkan orang yang menyerang itu lelaki yang agak besar dan kuat. Dengan izin Allah juga saya dapat melawan dan menyelamatkan anak saya. Syukur Alhamdulillah.. sebagai iktibar kita perlu selalu berjaga-jaga.

“Kita tak tahu orang zaman sekarang ni sanggup buat perkara yang keji. Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya,” ungkapnya.

Untuk rekod, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 sebelum bercerai pada 17 Jun 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia empat tahun.