Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Seri Dr Radzi Jidin GAMBAR: Abd Razak Aid

MENTERI Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin kini berada di Paris, Perancis bagi mewakili Malaysia di persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), yang berlangsung hari ini sehingga Khamis.

Menurut beliau sesi pra-sidang kemuncak kali ini membicarakan tentang transformasi pendidikan serta langkah yang dapat diambil bagi memastikan kemajuan dan kemampanan sistem pendidikan.

“Beberapa sesi perbincangan dan lawatan kerja akan turut diadakan sepanjang berada di sini, khususnya berkaitan dengan transformasi pendidikan,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Baca artikel berkaitan: Elaun warden asrama dinaikkan, jumlah ditambah – Radzi

UNESCO berusaha untuk membina keamanan melalui kerjasama antarabangsa dalam pendidikan, sains dan budaya.

Program UNESCO menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan yang ditakrifkan dalam Agenda 2030, yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada 2015.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram