Kuih cek mek molek adalah antara kuih tradisional yang amat digemari oleh masyarakat negeri di pantai timur tanah air. Tidak menggunakan banyak bahan, ia amat mudah dan ringkas untuk disediakan. Jom cuba!

BAHAN -BAHAN:
500 gm ubi keledek – yang telah direbus dan dilecek
175 gm tepung gandum
Gula
Minyak

CARA MENYEDIAKAN:
1.Gaulkan ubi dengan tepung sehingga menjadi doh yang lembut.
2.Bahagikan kepada 12 bahagian. Bentukkan menjadi bulat.
3.Leperkan doh tadi dan masukkan satu sudu gula (atau boleh dikurangkan) dan bentukkan supaya gula tidak terkeluar.
4.Goreng sehingga berubah warna keperang-perangan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram