HANYA dua tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya penyanyi Tegar Septian mengesahkan sudah bercerai dengan isterinya, Sarah Sheilka.

Ujar Tegar, dia akui bukan manusia sempurna selain meluahkan sudah terlalu penat untuk berdepan dengan banyak masalah dalam hidupnya.

“Sudahlah teman-teman, aku sudah tidak lagi bersama dengan Sarah. Aku sudah terlalu penat dan aku janji tak mahu berulang lagi perkara seperti ini.

“Maaf juga sebab aku bukan manusia yang sempurna. Kalau kalian mahu tahu, aku benar-benar runsing dan stres memikirkan urusan itu dan ini.

“Iya, aku di Instagram seperti seorang yang romantis. Tapi sebaliknya kalian tak tahu aku sebenarnya rungsing. Sekali lagi, mulai dari detik ini, aku sudah tidak lagi bersama Sarah,” katanya menerusi Instagram Story.

Dalam pada itu, Tegar tidak menafikan faktor kewangan juga turut membuatkan dia mengalami depresi.

“Aku banyak berada di rumah. Jujur, aku adalah orang yang tak boleh duduk diam saja di rumah. Namun aku sampai kurus kerana banyak berfikir.

“Nak cari duit pun susah dan di situlah aku depresi,” luahnya.

Tegar pernah menyertai Big Stage 2022 dan memenangi tempat kelima.

Untuk rekod, Tegar berkahwin dengan Sarah ketika berusia 19 tahun pada Mac 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian yang berusia kini dua tahun.