BAGI sesiapa yang menonton drama Korea pasti ada siri yang buat kita rasa ternanti-nanti untuk musim seterusnya akibat daripada penamat yang tergantung.

Tapi secara amnya kita semua tahu setiap K-drama yang menarik dan seronok ditonton selalu tiada musim berikutnya. Jadi kali ini URTV nak bawakan kepada anda 5 K-drama yang membuatkan kita tak boleh ‘move on’ sampai sekarang!

Scarlet Heart : Goryeo

Hae Soo (IU) diangkat dari zaman moden ke era Goryeo di mana dia jatuh cinta dengan seorang putera lelaki yang nakal. Kisah cinta Wang So (Lee Joon Gi) dan Hae Soo sangat menyayat hati dan melalui pelbagai pahit manis dalam hubungan mereka. Kedua-duanya mempunyai cinta abadi antara satu sama lain yang sentiasa dipecahkan oleh tugas dan tanggungjawab.

Sudah enam tahun sejak “Scarlet Heart: Goryeo” disiarkan, dan peminat terus beremosi atas penamat siri ini. Seolah-olah tiada rehat apabila menyentuh soal cinta antara Hae Soo dan Wang So. Terdapat harapan bahawa kedua-duanya akan mencari jalan untuk bersama, tetapi episod akhir menyebabkan penonton sedih dan hancur hati (Heart broken) . Malah terdapat beberapa petisyen selama bertahun-tahun daripada peminat antarabangsa, berharap musim kedua dapat dijalankan.

Goblin ( The Lonely and Great God)

Pasti sehingga kini anda masih belum boleh ‘move on’ dengan Kim shin ( Gong Yo) dan Ji Eun Tan (Kim Go-Eun) dalam drama ini. Plot penceritaan yang membuatkan penonton menangis melihat nasib Kim Shin terpaksa melihat pemergian isterinya disebabkan dia seorang goblin. Selain itu teletah percintaan antara malaikat maut Wang Yeo (Lee Dong Wook) dan kekasih seumur hidupnya Kim Sun (Yoo In Na) turut menambahkan lagi warna-warni penceritaan fiksyen itu.

Di hujung-hujung siri itu, penonton dibuai dengan perasaan gembira apabila Kim Shin dan Ji Eun Tak berkahwin setelah beratus tahun dia mencari pasangan hidupnya itu. Namun malang tak berbau Ji Eun Tak mati selepas terlibat dalam kemalangan. Sekali lagi Kim shin terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk kembali menunggu teman sehidupnya itu. Sehingga kini penonton masih menanti-nantikan musim terbaharu drama itu kerana ingin melihat kesinambungan kisah cinta mereka.

Snowdrop

Snowdrop dibintangi Jung Hae In sebagai Su Ho dan Jisoo Blackpink sebagai Young Ro. Kedua-duanya jatuh cinta walaupun dalam perang politik yang Su Ho terlibat. Kisah ini berlaku di Seoul pada 1987 dalam sebuah universiti berprestij.

Keseluruhan jalan cerita ini sangat tegang, itulah sebabnya penamat siri ini membuatkan penonton semakin sedih. Kisah cinta antara Su Ho dan Young Ro adalah epik yang menyayat hati kerana tidak mungkin kedua-duanya dapat kekal bersama hasil daripada latar belakang mereka. Kegelisahan dan kisah percintaan yang tidak boleh terjalin ini menimbulkan kerinduan untuk penonton yang mahukan kedua-duanya hidup gembira, sebab itulah pengakhirannya drama ini membuatkan penonton tertekan. Timbul persoalan dalam kalangan penonton, adakah harapan mereka berdua dapat bersama suatu hari nanti.

Vincenzo

Vincenzo Cassano (Song Joong Ki) ialah seorang peguam Itali dan konsigliere Mafia yang dijaga dan dibesarkan di Itali. Dia kembali ke Korea untuk menyelesaikan beberapa perkara keluarganya yang berkaitan dengan beberapa emas yang disimpan di bawah tanah di Geumga Plaza. Dia bertemu Hong Cha Young (Jeon Yeo Been) dan bapanya Hong Yoo Chan (Yoo Jae Myung), dan mereka dapat membentuk ikatan yang kuat dengan Vincenzo.

Tiada siapa yang dapat menjangka arah cerita ini akan pergi. Kisah tidak diramalkan tentang konsigliere mafia yang jatuh cinta dengan seorang peguam akan berakhir dengan bahagia. Siri ini menghiburkan sebahagian besarnya, dan ia mengumpulkan ramai penonton yang berpuas hati, tetapi pengakhirannya membuatkan orang berasa melampaui emosi.

Pada adegan akhir apabila Vincenzo kembali ke Seoul dari Itali, dia bersatu semula dengan Cha Young, dan kedua-duanya berkongsi ciuman yang penuh semangat dan penuh ghairah. Kemudian, kedua-duanya berpisah, meninggalkan kisah mereka sangat terbuka. Ini jelas menaikkan api kemarahan penonton yang berharap kedua-duanya akan bahagia bersama.

Beyond Evil

Han Joo Won (Yeo Jin Goo) ialah seorang pegawai polis yang dipindahkan ke sebuah bandar kecil dari bandar besar Seoul. Dia cuba membongkar kes siri pembunuhan yang berlaku 20 tahun sebelum ini. Suspek utamanya ialah pasangannya dan pegawai polis Lee Dong Sik (Shin Ha Kyun).

“Beyond Evil” memenangi anugerah Drama Terbaik di Anugerah Seni Baeksang pada tahun 2021. Dengan kemahiran lakonan yang menyentuh hati daripada kedua-dua Shin Ha Kyun dan Yeo Jin Goo, hampir dijamin bahawa penonton akan menikmati perjalanan yang hebat. Siri ini menghantui kerana para detektif cuba mencari identiti pembunuh bersiri di bandar kecil mereka. Hakikat bahawa setiap orang, termasuk petunjuk utama, adalah suspek dalam kes itu mewujudkan suasana tegang dan ibarat suspeknya ada disebelah anda dari awal hingga akhir. Secara tidak langsung menjadikan ia drama yang tidak terlupakan bagi penontonnya sehingga kini.