PENYANYI Ernie Zakri memberi bayangan mengenai konsertnya melalui sesi soal jawab di Instagram Story.

Apabila ditanya tentang konsert berkenaan, Ernie hanya berkongsi gambar perkahwinannya bersama penyanyi Syamel, 28, sebagai petunjuk.

“Hint,” tulisnya di foto tersebut.

Pun begitu, netizen terus mengasak dengan pertanyaan mengenai harga tiket konsert yang dijangka bakal berlangsung tidak lama lagi.

Dalam masa sama, Ernie hanya menjawab, semua teka-teki berkenaan konsert itu nanti akan diumumkan sedikit masa lagi.

Tidak hanya terhenti di situ, peminat turut sama ada dia akan berduet dengan Syamel, penyanyi berusia 30 tahun itu hanya meminta peminat mendoakan agar permintaan itu akan tertunai.

“Doakan ya,” tulisnya.

Untuk rekod, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021.

Hasil, perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.