Sedapnya tauhu telur sos tiram ini. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi yang menyelerakan ini. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN:
1 paket tauhu telur – potong
2 ulas bawang putih – cincang
1 biji bawang merah kecil – cincang
1 tangkai cili merah – cincang
3 cendawan shiitake – potong nipis
2 baby corn – potong nipis
Garam
Serbuk perasa
air
minyak

CARA PENYEDIAAN:
1.Goreng tauhu telur sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
2.Tumis bawang putih dan bawang merah kecil sehingga naik bau.
3.Masukkan cendawan shiitake, baby corn, cili merah, sos tiram dan sedikit air. Kacau rata.
4.Kemudian masukkan tauhu telur yang telah digoreng, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.
5.Angkat dan sedia dinikmati.

@majalahsaji Sedapnya tauhu telur sos tiram ni. Resipi yang mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba! #resipi #resipimudah #resipitiktok #resipisimple #fyp #foryou #tiktokmalaysia #myfoodie #makanlokal #malaysianfoodie #majalahsaji #saji #utusantv ♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram