SELEPAS empat tahun bersabar, akhirnya pelakon Puteri Sarah Liyana mengambil tindakan saman terhadap Ira Kaza yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah berkata, tindakan itu dibuat setelah mendakwa dirinya sering diganggu individu berkenaan, termasuk menggunakan akaun palsu di media sosial sekaligus menjadi orang ketiga dalam rumahn tangganya.

“Sekarang ini saya rasa lega, lepas balik umrah saya memang dah tekad dengan keputusan ni (tindakan saman) dan saya tak main-main.

“Kalau boleh saya tak nak jadi macam ni, tetapi setelah asyik dicabar pihak ketiga, saya lakukan. Empat tahun saya berdiam diri sebab nak bagi peluang, tak nak satu Malaysia tahu.

“Dia kata pada saya, bila mahu saman? Dia minta peguam saya bertindak laju kerana sudah meluat. Maka seperti yang di minta, hari inilah,” katanya yang membuat aduan tentang hal rumah tangga di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Shah Alam, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof nafi dah bertunang, Puteri Sarah pula kata kalau betul jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak, Puteri Sarah terkilan masih diganggu Ira Kaza, jadi punca tak tinggal sebumbung dengan suami, “Jumpa di mahkamah…,” – Puteri Sarah mahu saman siapa?

Pada awalnya, dia enggan memanjangkan kes berkenaan apatah lagi membawa ke mahkamah, namun dia terpaksa berbuat demikian dengan mendakwa gadis berkenaan sudah biadab dan tidak mahu maruahnya terus dipijak.

“Saya memang dah ada niat untuk bertindak tetapi masih berfikir panjang tentang kesan pada saya dan orang sekeliling.

“Saya tak mahu sampai mahkamah-mahkamah ini, tak nak pun saman menyaman sebab melibatkan kewangan. Tapi kalau dah smapai tahap biadab sangat, okay jomlah. Takkan saya nak bagi maruah saya dipijak.

“Bukannya saya tidak guna jalan lain, banyak jalan yang saya guna untuk selesaikan dengan dia tetapi dia tetap mencabar.

“Sebab asyik di cabar, orang asyik ingat saya main-main, sekarang saya kata ‘now lets go, lets play the game,” ujarnya memetik laporan Gempak.

Dalam pada itu, pelakon itu menyatakan tindakan yang dilakukannya itu juga sekurang-kurang membuka ruang kepada mana-mana wanita yang mengalami nasib sama seperti dirinya.

“Siapa nak menyondol kena lebih berhati-hati…. saya berharap tindakan ini akan mendapat keadilan. Saya lakukan ini sebab nak pertahankan perkahwinan dan perjuangkan hak wanita.

“Buat masa ini, saya tak terfikir pun menang atau kalah… atau berapa jumlah amaun sama. Apa yang pasti, saya akan buat yang terbaik untuk anak-anak,” ujarnya.

Dalam pada itu, wakil guaman pelakon itu, pihaknya telah mengambil dua tindakan saman ke atas individu tersebut.

“Kita telah failkan tindakan di mahkamah sivil berhubung gangguan kepada anak guam saya. Perintah ini meminta saya supaya difenden untuk berhenti daripada menyebarkan atau mengeluarkan apa-apa bentuk gangguan dia media sosial.

“Jadi ini adalah penting supaya tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa ini. Perintah telah diserahkan kepada pihak difenden pada 28 Jun lalu secara kendiri kepada tuan badan itu sendiri.

“Jadi kita akan tunggu pada Selasa depan untuk melihat sama ada dia akan hadir ke mahkamah ataupun tidak,” jelasnya.