Sedapnya ayam goreng berbumbu ni. Boleh dijadikan lauk atau diratahnya macam itu sahaja. Jom lihat cara menyediakan resipi dan bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN A:
1 ekor ayam – potong kecil-kecil
600 ml santan pekat
4 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya
BAHAN-BAHAN B:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah – buang biji
1 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
2 biji buah keras
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
CARA MENYEDIAKAN:
1.Bahan-bahan B di kisar halus dan sebati.
2.Masukkan bahan-bahan B ke dalam periuk berserta bahan-bahan A kecuali minyak dan gaul sebati. Didihkan hingga kesemua bahan sebati dan kuah memekat/kering.
3.Di dalam kuali, panaskan minyak yang banyak. Goreng
ayam berbumbu tadi hingga keperang-perangan.
4.Hidangkan panas bersama nasi putih.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, TikTok, Instagram & Telegram