Resipi kerutuk kambing ini cukup menyelerakan, makan dengan nasi pasti bertambah. Jom cuba resipi yang sedap dan sangat berbaloi untuk dicuba ini. Pasti puas hati.

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging kambing
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
300 gm rempah kerutuk
1 sudu besar ketumbar
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 batang serai
1 biji santan kelapa
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Sedikit gula Melaka
Air asam jawa

BAHAN UNTUK MENUMIS:
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

CARA MENYEDIAKAN:
1.Daging dipotong dan dibersihkan. Rempah, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan ketumbar dikisar halus.
2.Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan menumis. Tumis sehingga kekuningan. Masukkan rempah yang telah dikisar dan serai yang telah dititik. Tumis sehingga rempah garing.
3.Masukkan daging dan air asam jawa. Masak sehingga daging empuk.
4.Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
5.Masukkan kerisik, garam dan gula Melaka. Masak sehingga pekat dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi dagang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram