SEMINGGU ditayangkan, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berjaya mencatatkan kutipan melebihi RM23 juta.

Ia sekaligus membuktikan naskhah arahan Syamsul Yusof itu berada pada kelasnya yang tersendiri.

Lebih membanggakan, filem epik itu turut berada pada senarai teratas untuk filem yang paling banyak ditonton hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 hari ditayangkan, Mat Kilau raih RM 12.2 juta atasi Jurassic World & Top Gun Maverick

Malah, menerusi ciapan Golden Screen Cinemas di Twitter, pihaknya menyifatkan filem aksi tersebut adalah yang paling hebat pernah dihasilkan dalam industri pefileman tanah air.

Memetik Harian Metro, Syamsul berkata, filem Mat Kilau bakal ada kesinambungannya sama seperti filem arahannya sebelum ini.

“Setakat ini, kalau dari bahagian saya, Mat Kilau 2 akan ada. Cuma kita tak boleh gopoh.

“Kalau inginkan sesuatu yang berkualiti kena ambil masa, kajian dan sudah tentu nak tingkatkan tambah baik untuk selepas ini.

“Bagi Mat Kilau 2 dan pelakon masih terlalu awal untuk saya komen, nanti dulu. Masih dirahsiakan,” katanya.

Mat Kilau yang merupakan terbitan Studio Kembara membariskan pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Datuk Jalaludin Hassan, Yayan Ruhan dan ramai lagi.