DUA pemandu cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Simpang 3 Ijok, Bestari Jaya dekat Kuala Selangor, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 5.57 pagi.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 10 minit kemudian dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori tiga tan dengan sebuah Toyota Vios,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori berusia 25 tahun yang memandu dari arah Bestari Jaya ke USJ telah terbabas lalu melanggar kereta Toyota Vios dipandu seorang wanita.

Baca artikel berkaitan : Merusuh: Tiga lelaki ditahan, 17 lagi masih diburu polis

Susulan pelanggaran tersebut, pemandu kereta berusia 53 tahun yang sedang dalam perjalanan menunju ke Bangsar telah terbabas ke arah longkang berhampiran.

“Pemandu kereta mengalami cedera ringan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi rawatan lanjut,” katanya.

Manakala pemandu lori yang terperangkap telah dikeluarkan oleh bomba sebelum diserahkan kepada pihak Hospital Tanjung Karang bagi rawatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram