Kerabu mee segera Tomyam Siam ini memang berbeza sedikit daripada kerabu megi yang biasa, mungkin kerana jenis mee yang digunakan. Cara untuk sediakannya cukup mudah, semua bahan dipotong dan direbus, kemudian gaulkan sebati.

Resipi boleh dilihat pada langkah demi langkah yang telah dikongsikan.

Empat bungkus mee segera Siam, perisa Tom Yam. Halal cop Thailand.
1. Mee direbus dalam air mendidih selama 3 minit. Angkat dan toskan. Saya rebus mee segera ni selepas bahan sos nya sudah sedia ya.
2. Campurkan kesemua serbuk perasa dan minyak yang disediakan ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan 2 sudu besar sos ikan (jangan campur garam dah ya)
4. Masukkan 2 sudu besar gula putih atau boleh gunakan gula perang.
5. Sesudu kecil pes asam jawa.
6. Disebabkan saya terlupa beli limau nipis, saya cuma guna jus pati limau nipis di dalam botol. Untuk rasa yg lebih umpph, saya cadangkan guna perahan jus limau yang betul.
7. Boleh masukkan hirisan bawang merah, lada kecik hijau dan tomato yang dipotong kecil.
8. Gaul sebati.
9. Masukkan mee segera yang direbus.
10. Gaul sebati.
11. Kemudian masukkan filamen ketam (direbus), daun salad, dan hirisan lobak merah.
Untuk tambahan lagi sedap, boleh campur hirisan daun ketumbar.
Siap, boleh dimakan begitu sahaja.

Sumber : Zurina Zulkefli