Buntu tak tahu nak masak apa? Apa kata cuba resipi gulai tenggiri pucuk pegaga yang Saji kongsikan ini. Resipi yang sangat sedap, mudah dan membuka selera.

BAHAN-BAHAN:
5 keping ikan tenggiri
10 tangkai cili padi
10 gm kunyit hidup
4 biji limau kasturi – ambil jus
150 gm pucuk pegaga – dibersihkan
3 ulas bawang merah
250 ml santan
300 ml susu cair
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumbuk bawang merah, cili padi, kunyit dan gaulkan bersama ikan. Masukkan sekali air limau dan garam.
2.Letakkan campuran ikan tersebut ke dalam periuk, masukkan santan dan masak dengan api yang sederhana.
3.Apabila mendidih, masukkan susu cair dan dikacau perlahan-lahan.
4.Selaraskan rasanya dengan garam secukupnya, kemudian masukkan daun pegaga.
5.Kacau dan dibiarkan sebentar, kemudian hidangkan semasa panas.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram