Sup jejari ketam adalah antara juadah enak yang sering dipesan oleh pengunjung jika ke restoran Cina Muslim. Selalu jika ingin menikmati hidangan ini kita perlu ke restoran, apa kata kali ini anda cuba masak sendiri dirumah.

BAHAN:
10 batang jejari ketam – potong nipis
2 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
3 cendawan shiitake – potong nipis
2 biji telur – ambil putih sahaja
1 kiub pati ayam
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu besar tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN:
1.Panaskan air dalam periuk dan masukkan bawang putih, halia, kiub pati ayam, cendawan shiitake. Kacau sehingga mendidih.
2.Masukkan jejari ketam, kicap cair dan putih telur. Kacau rata.
3.Akhir sekali perasakan dengan serbuk perasa dan masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sebati dan sedia untuk dihidang.

@majalahsaji Resipi sup crab stick ala restoran Cina Muslim. Sedap dan mudah. #resipimudah #resipitiktok #resipisimple #fyp #foryou #supcrabstiktelur #supcrabstickchinesestyle #tiktokmalaysia #myfoodie #makanlokal #malaysianfoodie #majalahsaji #utusantv #makanemoji #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok ♬ Che La Luna – Louis Prima

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram