Mangsa dilaporkan melecur 50 peratus susulan kejadian kebakaran terbabit. GAMBAR: Bomba

SEORANG pekerja melecur 50 peratus pada anggota badan selepas stor simpanan barang, kedai Mr. DIY di Jalan Reko, Kajang, terbakar sebentar tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kejadian pada pukul 1.08 petang.

Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Bangi dan Semenyih telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, bomba tiba di lokasi lima minit kemudian dan mendapati stor kedai terbabit mengalami kebakaran hampir 40 peratus.

“Seorang mangsa berusia 35 tahun dibawa keluar oleh pihak bomba dan dilaporkan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Seorang maut, empat parah dalam kemalangan dua lori

Tambahnya, mangsa yang melecur di bahagian kepala dan badan telah dikejarkan ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Jelansya, api berjaya dikawal oleh bomba pada pukul 1.32 petang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram