Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din menyempurnakan mula tugas unit 1 dan 2 Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir dari Pusat Kawalan Muatan Kuasa Nasional (NLDC) di Kompleks Ibu Pejabat TNB, Bangsar.

STESEN Janakuasa Sultan Mahmud (SJSM) milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) terletak di Kenyir, Hulu Terengganu kembali beroperasi sepenuhnya 26 Jun lalu, tiga bulan lebih awal daripada perancangan asal.

Stesen di Kenyir tersebut kembali memperkasa grid nasional dengan menyalurkan bekalan elektrik selepas terpaksa dihenti tugas pada 27 Februari lalu akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat luar biasa.

Empat unit janakuasa dengan keupayaan 100 megawatt (MW) setiap satu telah beroperasi sepenuhnya 26 Jun lalu.

Seminggu sebelumnya, mula tugas unit 1 dan 2 janakuasa SJSM telah pun disempurnakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din dari Pusat Kawalan Muatan Kuasa Nasional (NLDC) di Kompleks Ibu Pejabat TNB, Bangsar.

Baharin turut beharap keempat-empat unit penjanaan SJSM itu dapat beroperasi dalam keadaan baik dan terus memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dari segi tenaga hijau.

Baca artikel berkaitan: TNB kongsi perkembangan, cabaran industri tenaga dengan media

Apabila beroperasi pada kapasiti penuh, SJSM mampu menyumbang secara purata 1,600 gigawatt (GW)-jam setahun.

Ia sekali gus menghindari pelepasan 537,600 tan karbon dioksida jika menggunakan sumber bahan api fosil yang juga bersamaan pelepasan karbon daripada 116,869 kenderaan di jalan raya setahun.

Pada masa sama, penjanaan tenaga sebanyak itu secara hidro dapat mengelak kos bahan api dengan anggaran RM463 juta setahun jika menggunakan arang batu sebagai bahan bakar ekoran kenaikan luar biasa kesan krisis bahan api dunia.

Justeru, pemulihan SJSM mengukuhkan kembali penjanaan tenaga hijau TNB melalui tiga skim hidroelektrik iaitu di Kenyir, Hulu Terengganu; Cameron Highlands di Pahang dan Sungai Perak di Perak.

TNB juga sedang membangunkan skim hidroelektrik keempat di Nenggiri, Gua Musang dengan kapasiti 300MW yang dijangka mula beroperasi pada tahun 2027.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram