Mangsa (gambar kiri) maut selepas dikelar suami (gambar kanan) dalam satu kejadian tengah hari tadi.

SEORANG lelaki yang bertindak menunggang motosikal dalam keadaan berbogel ditangkap polis di kawasan Permas Jaya, Johor Bharu pada pukul 2.45 petang.

Lelaki terbabit juga dikatakan melarikan diri selepas membunuh isteri dan bayi lelakinya di sebuah rumah dekat Kampung Bakar Batu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kematian dua beranak itu pada pukul 12.42 tengah hari.

Bertindak atas maklumat, polis berjaya menangkap suspek dan kejadian pembunuhan dipercayai berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging dan sebuah motosikal berwarna merah,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca artikel berkaitan : Kecoh lelaki bogel tunggang motosikal

Difahamkan, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok hari untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi siasatan lanjut kes berkenaan.

Sebelum itu klip video lelaki berkenaan tersebar di media sosial selepas dimuat naik beberapa individu.

Suspek dengan selamba menunggang motosikal tanpa seurat benang dan langsung tidak menghiraukan kenderaan lain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram