Keadaan rumah mangsa susulan kejadian jenayah samun pada pagi tadi. Gambar: FB Abdul Aziz Ali

SEORANG wanita maut dijerut dengan kabel pengecas telefon dalam kejadian samun di rumahnya dekat Felda Mengkuang, Bera di Pahang, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan N. Kumaran berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 10.45 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan N. Kumaran

Beliau berkata, suspek dipercayai telah memecah masuk ke dalam rumah mangsa pada awal pagi melalui pintu belakang rumah sebelum masuk ke bilik tidur mangsa.

“Mangsa berusia 52 tahun maut dibunuh manakala suami mangsa berusia 60 tahun cedera di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, suspek dipercayai telah melarikan wang tunai kira-kira RM6,000 bersama kereta jenis Honda Civic dengan nombor pendaftaran DAD 9799 milik suami mangsa.

Baca artikel berkaitan : Lelaki disyaki kelar isteri, bayi direman 7 hari

“Motif kejadian dipercayai kerana jenayah samun dan polis kini membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram