Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan kerja menyelamat di kawasan banjir di Baling, Kedah. GAMBAR: Facebook Ismail Sabri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak berkuasa berkaitan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Baling, Kedah.

Perdana Menteri berkata, beliau turut mengarahkan Setiausaha Politik, Datuk Mohammad Anuar mewakilinya turun ke kawasan bencana bagi meninjau dan memastikan bantuan disalurkan dengan secepatnya kepada mangsa.

Jelasnya, beliau sentiasa mengikuti perkembangan yang menimpa Keluarga Malaysia di Baling walaupun berada di Turkiye untuk lawatan rasmi ketika ini.

“Saya berasa sedih dan sangat simpati dengan kejadian bencana banjir yang berlaku di Baling, Kedah yang mengakibatkan tiga nyawa terkorban setakat ini.

“Kita meninjau keperluan segera yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir yang terlibat di Baling dan bantuan harus segera disampaikan kepada mangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: Banjir di Baling: Tiga sekeluarga termasuk wanita hamil dikhuatiri hilang

Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut mendoakan mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi dugaan tersebut.

“Takziah kepada mereka yang kehilangan insan tersayang dan sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah dan didoakan semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram