Keadaan 34 buah motosikal selepas terbakar angkara khianat. GAMBAR: Polis.

SEBANYAK 34 buah motosikal terbakar dipercayai melibatkan unsur khianat dalam satu kejadian di bawah Blok G, Projek Perumahan Rakyat Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita mengenai kejadian pada pukul 2.21 pagi.

Mengulas lanjut, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Jelasnya, polis bersama-sama Unit Forensik dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Rampai telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Katanya, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

“Hasil siasatan mendapati motosikal yang terlibat dalam kebakaran kerana berada dalam keadaan terlalu rapat antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Kecoh rakaman belalai air di Pantai Siring, Melaka

Jelasnya, kes kini disiasat dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan polis mengesan suspek yang melakukan perbuatan khianat terbabit.

Sehubungan itu, saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhamad Firdaus Eber di talian 014-364 9458, Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram