TULAR beberapa rakaman klip video pendek memaparkan fenomena belalai air di Pantai Siring, Melaka sejak tengah hari tadi.

Kejadian terbabit dikongsi di laman sosial Facebook oleh peniaga dan penduduk kawasan sekitar yang berada di lokasi kejadian.

Dalam salah satu klip video berdurasi 1.09 minit terbabit dapat dilihat belalai air itu berlaku di kawasan persisiran pantai.

Tinjauan UtusanTV di ruangan komen mendapati rata-rata warganet meluahkan kerisauan akan fenomena tersebut.

Baca artikel berkaitan : ATM bina jambatan Bailey di Baling – Hishammuddin

“Ni kalau naik darat, rumah pun ia boleh angkat ni,” kata Arif Ayob.

“Orang melaka kena berhati2..ni,” ujar Din Gold Melaka.

“Allahuakbar semoga di jauhi dari segala musibah dan kita semua di dlm lindungan Allah SWT,” tulis Yusshah Wahida.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram