MURID Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang berdepan detik cemas apabila sebuah motor penyedut asap terbakar menyebabkan asap putih tebal memenuhi kawasan kejadian.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita membabitkan kejadian pada pukul 2.45 petang.

“Hasil siasatan mendapati kebakaran berlaku di luar sebuah kelas dekat tingkat dua yang melibatkan bahagian motor penyedut asap dan saluran dari bilik makmal di tingkat bawah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kebakaran berlaku kerana motor penyedut asap yang terbakar dan api menyambar sehingga ke paip PVC laluan udara kotor.

Baca artikel berkaitan : Remaja disamun dalam lif Desa Aman Puri, Kepong

Katanya, punca sebenar kebakaran masih di dalam siasatan pihak bomba.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.44 petang.

Ujarnya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bersama jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba lapan minit kemudian dan mendapati kebakaran telah dipadamkan oleh kakitangan sekolah dengan menggunakan pemadam api jenis debu kering” katanya.

Jelasnya, bomba telah menjalankan kerja baik pulih bagi memadamkan kebakaran sepenuhnya sebelum kes diserahkan kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram