SEORANG YouTuber yang memuat naik “content bodoh” dengan bertindak menarik tudung dua orang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju berkata, YouTuber itu dituduh dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Katanya, suspek sebelum itu telah ditahan polis malam tadi selepas polis menerima laporan mengenai klip video terbabit yang menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.
“Bertindak atas maklumat, Youtuber yang dikenali dengan nama ‘Nickchannel’ berusia 24 tahun itu ditahan pada pukul 7.30 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis juga telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Baca artikel berkaitan : Angkara khianat, 34 buah motosikal musnah dalam kebakaran dekat Bukit Jalil
Sehubungan itu, Ashari menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang rakaman dan penyebaran video yang menyentuh sensitiviti individu serta boleh mendatangkan kegusaran masyarakat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram