PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan rasa bangga melihat arus kemajuan yang telah dikecapi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan rasmi ke Turkiye berkata, kejayaan itu merupakan hasil usaha gigih disumbangkan warga peneroka.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-66 Felda yang disambut hari ini.

“Saya mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-66 Felda hari ini.

Baca artikel berkaitan: PM lawat syarikat utama pertahanan, aeroangkasa Turkiye di Ankara

“Saya berbangga melihat arus kemajuan yang dikecapi Felda hasil usaha gigih yang disumbangkan oleh warga penerokanya.

“Semoga Felda terus maju dan menjadi pemangkin kepada kesejahteraan seluruh warga peneroka serta generasi akan datang,” katanya dalam hantaran itu hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram