DIKELILINGI dengan kehijauan alam, La Putra Villa Garden antara pilihan paling ideal buat sebuah keluarga besar yang ingin lari daripada kesibukan hiruk pikuk kota bagi melepaskan lelah bekerja sepanjang minggu.

Merupakan sebuah penginapan banglo bertaraf 4.5 bintang, La Putra Villa Garden dilengkapi dengan lima buah bilik terletak berhampiran dengan pusat bandar Putrajaya.

Banglo persendirian dengan keluasan 0.8 hektar di kawasan Sungai Merab ini sememangnya sesuai buat pelanggan yang mahu beriadah dengan melakukan aktiviti bersama keluarga ataupun mengadakan acara korporat bersama rakan sekerja.

Kediaman La Putra Villa Garden daripada pandangan atas.

Menurut pemilik rumah yang dikenali sebagai Adam, seramai 14 tetamu boleh berehat di dalam bilik yang disediakan manakala dianggarkan kira-kira 90 individu boleh berada di dalam banglo, dalam satu-satu masa.

“Ia juga mampu menampung seramai 500 tetamu di kawasan halaman untuk sebarang acara majlis,” katanya

Kawasan banglo yang dikelilingi dengan pokok menghijau ini sering kali menjadi pilihan para pengantin yang mahu merealisasikan hari bahagia dengan bertemakan dalam taman.

Menawarkan penginapan selesa pada harga RM2,000 semalam, para pengantin dapat mengadakan majlis tanpa rusing di kawasan ruangan halaman rumah yang begitu luas.

Mengulas lanjut, pihak La Putra Villa Garden juga menyediakan pakej perkahwinan dengan harga RM25,000 dan RM29,900.

Pakej yang disediakan oleh pihak La Putra Villa Garden kepada para pengantin.

Menerusi pakej tersebut, segala kelengkapan bagi majlis seperti sewaan banglo selama tiga hari dua malam, katering, kanopi, kerusi dan meja, jurugambar, pelamin, pengacara majlis, busana pengantin, laluan pengantin, bunga tangan serta perkhidmatan tata rias turut disediakan.

Laluan pengantin yang disediakan.

Baca artikel berkaitan : Tip buat pengantin perempuan menjelang hari bahagia

Bukan itu sahaja, segala perkhidmatan daripada aspek hiburan, ruangan dapur, dobi, kelengkapan mandian, sistem keselamatan dan ruangan parkir turut disediakan bagi menjamin keselesaan pelanggan.

Pelanggan juga dapat menikmati kemudahan fasiliti seperti permainan snuker dan alatan masakan barbeku.

Malahan, lokasi banglo juga begitu strategik di mana hanya terletak kira-kira 18 kilometer sahaja daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pelanggan yang berminat untuk bermalam di La Putra Villa Garden boleh menghubungi Encik Adam di talian 010-255 3755 atau email di [email protected]

@utusantvofficial

La Putra Villa Garden, buat mereka yang ingin menamatkan zaman bujang dengan majlis istimewa. #JomTravel #santaiutusantv #travelog #TrendingNewsMalaysia #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV
Ruang tamu.
Meja makan.
Ruang dapur.
Tab mandi.
Ruang bermain snuker.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram