Sedapnya daging tetel masak asam ni. Bagi yang tercari juadah menarik untuk dimasak, resipi perkongsian Hamzanah Makrof ini boleh anda cuba. Memang sedap.

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging tetel – rebus
3 cm halia
4 cm lengkuas – hiris dan ketuk
3 helai daun limau purut
10 tangkai cili kering – kisar
450 ml air asam jawa
Sedikit minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MENYEDIAKAN:
1.Daging tetel direbus sehingga empuk dengan halia.
2.Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kering dan lengkuas. Tumis seketika.
3.Kemudian masukkan daging dan tuangkan air asam jawa, masukkan daun limau purut,
4.Apabila sudah mendidih, masukkan pula garam secukup rasa.

Resipi: Hamzanah Makrof

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram