Suspek berusia 13 hingga 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

ENAM murid bersama seorang remaja perempuan ditahan bagi membantu siasatan selepas rakaman seorang murid perempuan dibelasah sekumpulan remaja tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi video klip berdurasi 20 saat itu, kejadian buli dipercayai melibatkan murid sekolah menengah di Inanam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihanya menerima laporan mengenai kejadian daripada bapa mangsa.

Jelasnya, hasil siasatan membawa kepada penahanan enam murid berusia 13 hingga 16 tahun.

“Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang merupakan bekas murid sekolah terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya memetik laporan Deasoka.

Baca artikel berkaitan : Lima kali diserbu, pusat hiburan degil masih beroperasi

Katanya, kertas siasatan kini dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Mohd Zaidi berkata, pihaknya memandang berat kes terbabit dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk pembulian yang melibatkan murid sekolah.

Jelasnya, orang ramai turut dinasihatkan untuk tidak memuat naik sebarang rakaman video yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram