Mangsa maut digilis treler.

SEORANG kerani maut digilis sebuah treler selepas motosikal yang ditunggangi bergesel dengan kenderaan itu di Kilometer 26.5 Jalan Klang-Banting-Port Dickson, 7.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa berusia 35 tahun dalam perjalanan ke Klang dari arah Banting.

Jelasnya, motosikal mangsa dipercayai telah bergesel dengan tayar kanan treler sebelum hilang kawalan.

“Mangsa telah jatuh ke permukaan jalan lalu termasuk ke bawah treler sebelum digilis,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pemandu lori treler yang menyedari kejadian itu terus memberhentikan kenderaan.

Baca artikel berkaitan : Lelaki pukul pemandu Myvi guna topi keledar diberkas

Sehubungan itu, saksi kejadian yang mempunyai maklumat mengenai kejadian kemalangan ini boleh menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621 atau 03-31872222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram