
Tiga wanita serta dua lelaki ditahan selepas menyebabkan 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kesemua suspek ditahan berusia 28 hingga 50 tahun bagi membantu siasatan.
Mengulas lanjut, sehingga kini polis Wangsa Maju menerima 18 laporan polis dengan jumlah kerugian sebanyak RM683,500.
“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, polis mula menerima laporan daripada mangsa bahawa telah ditipu dalam urusan mengerjakan haji di kawasan Setapak pada 9.29 malam kelmarin.
Katanya, mangsa telah berurusan dengan suspek dari sebuah agensi pelancongan di Taman Danau Kota, Setapak dan telah membuat pembayaran sebanyak RM 35,000 ke akaun bank atas nama agensi pelancongan tersebut.
“Selepas bayaran dibuat, syarikat agensi pelancongan tersebut sering menunda tarikh penerbangan dari tarikh asal yang ditetapkan”.
Baca artikel berkaitan : Jemaah haji terkandas, Dr. Zulkifli nasihatkan bersabar, tabah
Ashari berkata, mangsa telah pergi ke KLIA pada kelmarin dan mendapati tiada sebarang tempahan tiket penerbangan ke Mekah atas nama mangsa.
Malah, mangsa juga tidak menerima sebarang makluman atau alasan daripada pihak agensi bagi menjelaskan masalah yang dialami.
Kelmarin, UtusanTV melaporkan kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA.
Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan Visa Furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).
Visa Furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram