Buntu tidak tahu menu apa yang ingin dihidangkan? Jom cuba resipi nasi tumis yang mudah disediakan ini. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN
3 cawan beras basmati
4 cawan air
100 gm mentega
125 ml susu cair
3 ulas bawang putih – tumbuk
3 cm halia – tumbuk
1 batang serai – ketuk
Sedikit minyak masak
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak dengan mentega. Kemudian tumis bawang putih dan halia sehingga garing.
2.Masukkan air dan susu serta garam. Biarkan mendidih.
3.Masukkan serai dan apabila mendidih, masukkan beras basmati.
4.Tanak sehingga masak. Setelah masak, taburkan dengan hirisan bawang goreng.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram