Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. GAMBAR: Abd Razak Aid

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan sambutan perayaan Aidiladha adalah istimewa dengan semangat gotong royong semasa melaksanakan ibadah korban.

Menurut beliau, ketika melaksanakan ibadah kroban itu, semua yang terlibat ada peranan dan pengorbanan masing-masing.

“Ada yang berkorban menyediakan lembu korban, ada yang berkorban tenaga dan masa mereka dengan menyembelih lembu, melapah, memotong daging, memasak, mengagih lembu korban dan lain-lain.

Baca artikel berkaitan: Hayati semangat Aidiladha, Jamal Abdillah, Radzi Jidin edar daging korban

“Tugas saya? Setiap tahun gotong royong Korban Perdana Parlimen Bera, tugas wajib saya adalah memotong daging untuk ditimbang sebelum diagihkan. Tahun ini juga tidak terkecuali.

“Terima kasih kepada Keluarga Bera yang terlibat dalam Korban Perdana Parlimen Bera,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perkongsian di Facebooknya hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram