Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki GAMBAR: Abd Razak Aid

Saya bersangka baik. Tidak mungkin ulamak Pas menipu,” kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Kenyataan Asyraf itu merujuk kepada pengakuan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang beliau tidak tahu mengenai perjanjian jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menurut Asyraf, terdapat kemungkinan Setiausaha Agong Pas telah membelakangi Abdul Hadi untuk membuat perjanjian tersebut.

“Mungkin demikianlah juga dalam isu penyertaan PAS dalam Parti Perikatan Nasional.

“Masih segar dalam ingatan bahkan tercatat jelas dalam tiga minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional bertarikh 17 Jun 2020, 6 Ogos dan 13 Ogos 2020, bahawa Timbalan Presiden Pas sendiri Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan disokong oleh pimpinan Pas yang lain pada waktu itu, bersungguh-sungguh menafikan bahawa PAS bersetuju menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Apatah lagi mendaftarkannya sebagai sebuah parti dan PAS menjadi salah satu komponennya.

“Tidak mungkin pimpinan Ulamak menipu Saya masih bersangka baik!,” kata Asyraf menerusi Facebook beliau hari ini.

Baca artikel berkaitan: Perjanjian jawatan TPM, Abdul Hadi perlu rujuk Takiyuddin

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, mungkin  Setiausaha Agong Pas menyertai jawatankuasa Penaja PN dan membuat perjanjian bersama PPBM dengan membelakangi parti dan kepimpinan PAS.

Katanya, pada 19 Ogos 2020 Setiausaha Agong PAS Datuk Seri Takiyuddin mengisytiharkan dalam laporan  media bahawa ‘Pas akan sertai Parti Perikatan Nasional’.

“Malang sekali, akhirnya Muafakat Nasional yang terbentuk atas deraian air mata terkubur begitu sahaja akibat hilangnya kejujuran dan keikhlasan dalam permuafakatan,” kata Asyraf.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram