TINDAKAN bilionair dunia, Elon Musk menarik diri daripada bidaan pengambilalihan Twitter membuatkan saham platform media sosial itu terus menjunam jatuh hari ini.

Menurut laporan AFP, Elon telah menarik diri daripada bidaan pengambilalihan Twitter yang bernilai AS$44 bilion sekaligus berpotensi untuk dikenakan tindakan undang-undang.

Saham gergasi media sosial itu ditutup susut 11.3 peratus pada AS$32.65 dalam sesi pertama selepas Musk pada Jumaat lalu mendedahkan beliau menggugurkan rancangan pengambilalihan itu.

Musk menyusulinya pada malam Ahad lalu dengan beberapa hantaran tweet sindiran selepas syarikat itu berkata ia akan menyaman bilionair berkenaan bagi mendesak urus niaga diteruskan.

“Mereka berkata saya tidak mampu membeli Twitter. Kemudian mereka tidak mendedahkan maklumat. 

Kini mereka mahu mahu memaksa saya untuk membeli Twitter di mahkamah. Kini mereka perlu mendedahkan maklumat di mahkamah,” katanya dalam satu tweet, dengan setiap satu daripada empat kenyataan itu disertakan dengan gambarnya sedang ketawa besar.

Baca artikel berkaitan: Satu Malam, RM504 Juta…kuasa wang dalam bola sepak antarabangsa

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram