Tangkap layar rakaman pengutip kotak dikasar seorang individu yang tidak dikenali di hadapan sebuah stesen minyak.

SEORANG pengutip kotak terpinga-pinga selepas ditampar seorang lelaki yang tidak dikenali di hadapan sebuah stesen pam minyak dekat Taman Putri, Kulai pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun telah membuat laporan pada pukul 2.18 pagi pada hari yang sama

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa yang sedang mencari kotak telah didatangi suspek yang sedang menunggang motosikal.

“Suspek telah menghampiri mangsa dan meminta beredar dari kawasan pam minyak tersebut.

“Suspek kemudian bertindak menampar muka mangsa, membaling selipar serta cuba menendang dengan kaki untuk menghalau mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Empat lelaki samun kedai sekitar Ampang tumpas

Hasil siasatan mendapati mangsa tidak mengenali dan melihat suspek sebelum ini.

“Mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan hanya mengalami sakit badan,” ujarnya.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nik Mohamad Nazirul Azri di talian 013-4401866.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram