KUMPULAN K-Pop terkemuka, Blackpink mengesahkan bakal mengadakan siri jelajah konsert dunia di Kuala Lumpur pada Mac tahun hadapan.
Bakal mengadakan persembahan berskala mega di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 Mac tahun depan, Blackpink yang dianggotai empat wanita cantik iaitu Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa akan mengubati kerinduan peminat di negara ini.
Blackpink pernah membuat konsert selama dua hari di Stadium Malawati, Shah Alam pada Februari 2019.
Memetik laporan portal TwentyTwo13, Blackpink juga akan melancarkan album terbaharu mereka bulan selepas muncul dengan The Album pada Oktober 2020.
Pengumuman tersebut nyata akan memberi kegembiraan buat peminat mereka yang digelar Blinks.
Selain kumpulan yang popular dengan lagu Kill This Love itu, penyanyi Hollywood, Billie Eilish juga bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 18 Ogos ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.