Suspek wanita yang melakukan khianat ke atas kenderaan lain di CIQ Linkedua merupakan antara dua suspek yang diburu polis. GAMBAR: Polis Iskandar Puteri

DUA beranak yang merupakan warga Singapura yang terlibat dalam insiden pergaduhan jalan raya dan khianat ditahan 9.15 malam tadi.

Kedua-dua mereka ditahan di Pos Pemeriksaan Kastam laluan masuk Singapura ke Malaysia, Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, hasil soal siasat suspek mengaku terlibat dalam insiden tersebut.

“Suspek berusia 18 dan 46 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati kenderaannya telah dihalang dan telah bergesel semasa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Tunjuk isyarat lucah, lakukan khianat, dua suspek gaduh di Linkedua diburu

Tambahnya, suspek wanita merupakan warganegara Malaysia memegang status Penduduk Tetap Kota Singa selama 25 tahun manakala anaknya merupakan penduduk Singapura.

Sehubungan itu, polis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam tangkapan suspek.

Kenderaan suspek tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri bagi siasatan lanjut. GAMBAR: Facebook

Ahad lalu, UtusanTV melaporkan insiden khianat tersebut telah tular di laman sosial.

Kedua-dua suspek diburu polis selepas terlibat dalam pergaduhan jalan raya di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Linkedua, Gelang Patah pada Ahad lalu.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa dikenali sebagai Rahmat yang memandu kereta jenis Toyota Alphard telah mengubah laluan ke belah kanan.

Bagaimanapun, kenderaan mangsa telah bergesel dengan sebuah kereta jenis Kia dari arah kanan.

Suspek telah memberhentikan kereta sebelum suspek lelaki bertindak menjerit perkataan lucah serta menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa manakala suspek wanita bertindak mencabut nombor pendaftaran kenderaan mangsa.

Malah, suspek wanita juga bertindak agresif dengan mencampakkan nombor pendaftaran kenderaan itu ke arah cermin hadapan kereta mangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram