SEORANG remaja mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyamun seorang lagi remaja di dalam lif di Desa Aman Puri, Kepong, dengan bersenjatakan sebilah pisau.
Pengakuan itu direkod ketika dia dituduh di Mahkamah Seksyen Selayang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai 14 tahun dan denda atau sebatan.
Jelasnya, suspek ditawarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.
“Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Ogos ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, suspek berusia 18 tahun itu telah ditangkap di kawasan Jinjang, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam, Jumaat lalu.
“Turut dirampas barang kes iaitu sebuah telefon bimbit hasil daripada samun, senjata dan pakaian yang digunakan sewaktu kejadian”.
Baca artikel berkaitan : Remaja disamun dalam lif Desa Aman Puri, Kepong
Terdahulu, UtusanTV melaporkan seorang remaja berusia 17 tahun berdepan detik mengerikan apabila disamun di dalam sebuah lif di Apartment Desa Satu, Desa Aman Puri, Kepong.
Dalam kejadian pukul 12.40 tengah malam itu, suspek yang bersenjatakan sebilau pisau telah melakukan rompakan dengan memaksa mangsa menyerahkan barang berharga.
Malah, rakaman kejadiaan samun tersebut telah tular di laman sosial yang memaparkan mangsa bersama seorang wanita ketika kejadian sebelum dihampiri seorang lelaki memakai topi keledar.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram