Dari kiri, Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestle (Malaysia) Berhad; Sheila Rusly, selebriti masakan; dan Wong Mei Ching, Pengurus Nutrisi Korporat Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad semasa pelancaran kempen Sajian Seimbang Tanda Sayang Maggi baru-baru ini

Bagi menggalakkan pemakanan seimbang dalam kalangan warga Malaysia dan juga sebagai meraikan kreativiti kulinari ibu dalam menyediakan hidangan yang lebih sihat untuk keluarga mereka, jenama mi segera terkenal Maggi telah melancarkan kempen Sajian Seimbang Tanda Sayang Maggi.

Diilhamkan berdasar kepada Panduan Pinggan Sihat Malaysia (Malaysian Healthy Plate, MHP) yang diutarakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, pelancaran kempen ini merupakan permulaan kepada siri inisiatif kesedaran awam yang bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan pemakanan secara seimbang.

Menerusi kempen Sajian Seimbang Tanda Sayang, Maggi menggalakkan para ibu di Malaysia supaya menyediakan hidangan masakan sendiri yang kos efektif dan enak menggunakan mi Maggi dengan hanya menambah sumber protein dan sayur-sayuran bagi menghasilkan hidangan yang seimbang.

Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestle (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna, kempen Sajian Seimbang Tanda Sayang Maggi bertujuan meraikan semua individu, khususnya para ibu, yang kreatif dalam menyediakan hidangan seimbang yang lazat walaupun sesetengah daripada mereka berdepan dengan kekangan waktu dan kewangan.

“Kempen ini bertujuan menggalakkan pilihan makanan yang enak dan sihat dengan menggabungkan 3 elemen teras – mi Maggi sebagai sumber karbohidrat yang baik, ramuan yang segar dan sentuhan air tangan ibu.

“Daya kreativiti yang dimiliki para ibulah yang mengubah semangkuk mi Maggi menjadi hidangan yang enak yang diisi dengan ramuan yang sedia ada pada setiap keluarga.

“Ini adalah seiring dengan janji jenama Maggi dalam membantu rakyat Malaysia untuk Menyajikan Kelainan (Cook the Difference) dan memperkasakan mereka bagi menyediakan hidangan masakan sendiri yang seimbang untuk orang tersayang,” kata Geetha.

Sementara itu, Pakar Pemakanan Maggi, Leong Ven Luan berkata, hidangan yang seimbang adalah penting kerana ia membantu memastikan pengambilan jumlah makanan dan khasiat yang mencukupi daripada pelbagai kumpulan makanan, bagi menyokong kesihatan dan kesejahteraan kita.

“Selain nasi sebagai makanan ruji kita, mi segera Maggi juga merupakan asas karbohidrat yang enak dan mudah bagi menyediakan hidangan yang seimbang untuk seisi keluarga.

“Kita hanya perlu menambah sayuran dan sumber protein ke dalam mi segera Maggi untuk menghasilkan hidangan seimbang mengikut konsep ‘Suku Suku Separuh’ seperti dalam Panduan Pinggan Sihat Malaysia,” ujar Leong.

Ditawarkan dalam pelbagai perisa yang lazat seperti kari, ayam, tom yam dan asam laksa, mi segera Maggi diperbuat daripada 100% gandum Australia adalah sumber karbohidrat dan protein yang baik dan dihasilkan di bawah proses pembuatan yang ketat.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Sajian Seimbang Tanda Sayang Maggi, layari laman web di https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/sajian-seimbang-tanda-sayang/.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram