HAMPIR tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan Johar, pelakon dan pengacara Nabila Huda percaya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik biarpun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Walaupun ia satu tempoh masa yang agak lama untuk menantikan kehadiran zuriat, namun Nabila tidak pernah bercadang untuk melakukan rawatan persenyawaan in vitro (IVF).

Menurut bekas pengacara program Melodi itu lagi, dia dan suaminya sudah berjumpa dengan pakar perubatan dan hasilnya, mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

“Siapa tak nak anak? Saya memang mahukan anak lagi. Keisha pun dah besar. Kalau boleh saya nak anak ramai dan setiap tahun ada zuriat.

“Kami dah usaha tapi belum ada rezeki. Saya dan suami pun ada membuat pemeriksaan dan doktor kata kami berdua tiada masalah.

“Mungkin Allah lebih tahu bila waktu yang sesuai. Siapa tahu, tahun depan saya hamil dan mula beranak pinak. KIta aminkan sahaja.

“Saya tak nak buat IVF sebab saya dah ada pengalaman bersalin. ‘Jalannya’ sudah ada. Suami pun tak sarankan sebab katanya rawatan itu amat menyakitkan. Bila jumpa dengan orang yang berpengalaman, mereka pun cakap benda sama,” katanya kepada URTV.

Nabila ditemui pada majlis pelancaran produk makanan tambahan miliknya, Frutti Tutti di Hotel Momo, Kuala Lumpur, hari ini.

Kekal optimis dan positif, Nabila enggan membebankan fikirannya dengan hal anak dan menganggap masa yang ada ketika ini digunakan untuk mereka berbulan madu.3

“Saya sentiasa positif sebab tak mungkin saya tak boleh hamil. Kalau tak pernah hamil saya fahamlah mungkin ada masalah mereka sendiri. Saya dah lahirkan Keisha pun.

“Jadi saya akan terus sabar menunggu. Kalau tak ada, kami akan teruskan sahaja fasa ini dengan berbulan madu,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izwan pada Disember 2015.

Menerusi perkahwinan pertama dengan Zaidy Zailani pada 2008, Nabila dikurniakan anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 12 tahun.

Bercerita mengenai produk Frutti Tutti yang dikeluarkan pada 2011, Nabila berkata, ia adalah makanan tambahan berasaskan serat epal selain mengandungi nutrien yang sesuai untuk pembersihan tubuh badan dan pengurangan berat badan.

@urtv_official

Dah nak 7 tahun usia perkahwinan tapi masih belum ada rezeki anak. Tapi Nabila Huda tetap positif dan anggap Allah adalah perancang terbaik untuk bagi cahaya mata pada waktu yang tepat. Korang ada pengalaman TTC tak? Komen dan share pengalaman korang, mana tahu boleh jadi penguat semangat yg sedang menanti zuriat. #utusantv #fyp #urtv #nabilahuda #masukberandafyp

♬ original sound – urtvofficial – urtvofficial