Oleh Shahbudin Embun

“Setiap kali nak pilihan raya umum ada kartel bermaharajalela menaikkan harga barang dan semuanya disalahkan kepada BN (Barisan Nasional), ” kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Tadi juga saya terkejut semasa melepak bersama kawan-kawan di gerai sup di Jalan Doraisamy berdekatan Balai Polis Dang Wangi. Kuala Lumpur. Kami parkir kereta dan selalunya RM5 tetapi malam itu dah naik kepada RM10. Apabila saya tanya mengapa naik, penjaga kata bos suruh naik.

Begitu juga semasa saya pesan sup campur satu mangkuk, terkejut saya apabila harga dah naik kepada RM20. Inilah realiti kehidupan kita semua dan bagi saya semuanya tidak logik.

Saya rasa pihak kerajaan wajib meneliti pandangan Ahmad Maslan yang meminta satu kajian dibuat mengapa setiap kali nak diadakan pilihan raya umum, macam ada pihak sengaja mensabotaj kerajaan dengan menaikkan harga sesuka hati.

Saya berharap Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengambil berat dengan gejala kenaikan harga barang sesuka hati oleh kartel ekonomi hitam ini yang wajib kita perangi dan hapuskan.

Baca artikel berkaitan: TH tiada kaitan isu kartel, visa furada – Idris Ahmad

Saya sendiri pernah menulis berkaitan dengan kewujudan golongan kartel ini yang bertindak ala raja lanun semenjak zaman Tun Abdul Razak dan Menteri Perdagangannya Tun Hussein.Onn. Semasa itu kerajaan dapat membanterasnya melalui unit penguat kuasa diketuai oleh pengarah yang begitu tegas. berani dan penuh berintegriti.

Jika tidak salah saya namanya adalah Nik Saleh Nik Mat. Ketika itu semua kepala kartel amat takut dengan tindakan berani Tun Hussein Onn dan penguat kuasa Nik Saleh sehingga media menggelarnya Nik’s Raider.

Sila baca rencana tulisan saya: Kenaikan harga barang, masalah globalisasi dan tindakan holistik Perdana Menteri – UtusanTV https://utusantv.com/2022/07/06/kenaikan-harga-barang-masalah-globalisasi-dan-tindakan-holistik-perdana-menteri/

Saya percaya Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi boleh membanteras penjenayah-penjenayah kartel ini jika semua badan pelaksana mempunyai iltizam yang kuat serta penuh integriti dan berani berjihad.

Penulis adalah
Pengerusi Biro Politik dan Kepimpinan Majlis Perundingan Melayu (MPM)

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram