RAMAI berpendapat bahawa pilihan fesyen rakyat Malaysia telah beralih daripada pakaian kasual kepada pakaian ke pejabat susulan pengumuman peralihan ke fasa endemik.

Bagaimanapun, menurut data Shopee, berlaku peningkatan sebanyak 21 peratus terhadap pembelian pakaian fesyen ala Boho daripada 1 Jun tahun lalu sehingga 30 Jun.

Trend ini cukup sinonim dengan corak yang berwarna-warni, bersifat longgar, ringan dan mempunyai gaya retro.

Mengulas lanjut, trend boho ini telah mengambil alih pakaian sukan yang lebih praktikal sejak separuh pertama tahun 2021 apabila jualan pakaian sukan menurun sebanyak 10.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut maklumat pembelian pengguna Shopee, kemuncak trend ini bermula pada suku pertama tahun ini apabila rakyat Malaysia mengambil peluang untuk memenuhi keinginan mereka untuk melancong dan beriadah dengan bercuti, meluangkan masa di kafe, pusat beli-belah dan banyak lagi.

Malah, pembelian seluar chino yang bertemakan boho meningkat sebanyak 114 peratus, dress sebanyak 55 peratus dan kain sebanyak 41 peratus berbanding tahun lalu.

Sebaliknya, carian untuk pakaian santai seperti baju tidur kian menurun.

Bagaimanapun, populariti trend boho dijangkakan akan menurun tidak lama lagi apabila jenama fesyen terkemuka mula berkongsi gambaran koleksi musim luruh yang terdiri daripada jaket kulit sintetik, baju tanktop dan seluar mason pada Mac dan Mei lalu.

Didapati para pengguna mula membuat pembelian yang beralih kepada trend tersebut untuk separuh kedua tahun 2022.  

Baca artikel berkaitan : Wanita mampu jana pendapatan tanpa abaikan urusan rumah tangga, kata Shopee

Corak seperti palet warna neutral, ivory dan peachy beige secara beransur-ansur menggantikan gaya boho-chic berwarna-warni.

Pengguna Shopee dilihat mula beralih kepada pembelian blazer dan kot sehingga meningkat sebayak 13 peratus dan dijangka kekal sehingga hujung musim luruh ini.

Shopee juga menyaksikan peningkatan sebanyak 35 peratus dalam jualan baju blazer dan kot antara suku pertama dan kedua tahun ini.

Bukan itu sahaja, peralihan ini membawa kepada peningkatan sebanyak 10 peratus kepada seluar dengan dengan bahagian pinggang yang berunsur ‘fitted’ serta ‘hem’ yang lebar dan pembelian kasut baru untuk dipadankan dengan pakaian.

Sementara itu, sandal dan “mules” juga menjadi tarikan pengguna untuk dipadankan dengan gaya ala boho manakala “loafers”, kasut “high” dan “low top”, kasut tumit tingi dan kasut oxford sebagai persiapan pulang ke pejabat.

Menurut Shopee, perubahan pembelian ini adalah satu gambaran bahawa pembeli barangan atas talian gemar menggayakan pakaian mengikut trend.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram