Tangkap layar video seorang lelaki didakwa menghina agama Islam tular di media sosial hari ini

SEMAKIN hari, semakin menjadi-jadi pula video menghina kesucian agama Islam tular dalam media sosial.

Selepas seorang lelaki ditahan kerana didakwa menghina Islam semalam, hari ini muncul satu lagi video memaparkan seorang lelaki mencemar kesucian Islam tersebar dalam media sosial.

Menerusi video tular dipercayai siaran langsung dalam laman Facebook berdurasi selama tiga minit, seorang lelaki memakai baju berwarna merah turut mengatakan penganut agama Islam sebagai jahat.

Lelaki yang menggunakan dialek Siam Kelantan itu juga seolah-olah mencabar penganut agama Islam.

Dia juga dilihat menunjukkan isyarat lucah dalam video berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Lagi video hina Islam tular di media sosial

“Pukul pakcik tu sebab dia hina Islam, memang patutlah Islam kena hina. Habis tu marilah pukul aku.

“Jangan ugut aku la. Ayahanda ni (tunjuk isyarat lucah), Islam duduk di sini (tunjuk ke arah punggung).

“Penakut sebab pukul ramai-ramai, tak berani satu lawan satu,” katanya dalam video tersebut.

Lelaki tersebut turut menghina Islam dengan kata-kata makian.

“Sembah dinding. Buat baik untuk buat jahat dekat orang. Itu islam.

“Lama dah nk cakap, islam ni orang jahat, orang jahiliah. Sudah lah letak diri mu jadi muslim. Sudah lah jadi elok,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram