Keadaan salah sebuah kenderaan selepas kemalangan petang semalam. GAMBAR: Polis

SEORANG remaja maut selepas motosikal yang ditunggangi melanggar sebuah kereta di hadapan stesen minyak dekat Jalan Klang Lama, 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Benelli RFS 150i dengan kereta Mercedes-Benz 230E pada pukul 8.12 malam.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa berusia 18 tahun telah melanggar sebuah kereta dari arah bertentangan yang sedang membelok ke kanan.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca artikel berkaitan : Seorang kanak-kanak maut, 8 cedera dalam kemalangan 4 buah kenderaan di LPT 2

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faezal A Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram